Soalan 1

Jepun telah mengebom Pearl Harbour pada 7 Disember 1941.Adakah kejayaan ini merupakan faktor pendorong untuk menakluk Asia atau sebaliknya. Berikan pandangan anda sebelum 12/01/2007. Sila rujuk buku teks dan biarlah pandangan anda logik.

Terima Kasih.

68 Comments »

  1. kiu yik khong Said:

    INi AKAN MEMBERI SEMUA NEGARA ASIA TAHU JEPUN TIDAK TAKUT A/SYARIKAT DAN SLOGON ‘ASIA UNTUK ASIA’ MEMANG BETUL .MEREKA SUKA JEPUN ,DAN TOLONG MEREKA MENGHALAU NEGARA BARAT DI TANAH MERAKA .

  2. kiu yik khong Said:

    IF NOT THE CORRECT ANSWER PLEASE TELL ME AT SCHOOL .
    THANK U .HE HE HE

  3. Kelly Loh Said:

    Kejayaan mengebom Pearl Harbor merupakan kejayaan Jepun untuk menguasai benua Asia kerana pangkalan tentera Amerika Syarikat berada di situ dan Jepun dapat merampas Tanah Melayu daripada British dengan senang kerana British tidak sedar akan kedatangan Jepun.

  4. Patrick Wong Said:

    Jepun mengebom Pearl Harbor kerana pangkalan Amerika Syarikat terdapat di sana. Tindakan Japan yang cerdik berjaya mengebom Pearl Harbour. Jepun mengebomnya tanpa Amerika menyedarinya kerana 100 kapal perang hadir pada tarikh Pearl Harbour dibom di Hawaii supaya dapat mengurangkan bilangan tentera dan dapat menguasai Amerika Syarikat dengan senang.

  5. Jared Kok Said:

    Jepun telah berjaya menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Amerika dan juga menakluki Asia Tenggara, tetapi menurut pendapat saya, mereka telah menyebabkan mereka kalah dalam Perang Dunia Kedua. Serangan mereka secara tidak bersangka telah memberi iktibar kepada Amerika, dan menyediakan mereka apabila Jepun cuba menyerang Midway, pangkalan tentera utama selepas pengeboman Pearl Harbour. Serangan itu gagal.

  6. Ong Jia Wei Said:

    Kejayaan mengebom Pearl Harbor merupakan kejayaan Jepun untuk menutuskan pangkalan tentera di Tanah Melayu .Pearl Harbor adalah sebuah simpanan tentera Amerika Syarikat .Jepun yang bijak & tercadang lebih dahulu telah memusnahkan pertolongan yang diperlukan oleh Asia ,ini menyebabkan Jepun dapat menakluki Asia dengan lebih senang .

  7. Yu Yang Said:

    Jepun mengebomkan Pearl Harbour kerana ia merupakan pangkalan tentera Amerika Syarikat. Oleh sebab Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun dan berhenti menjual bahan mentah kepada mereka, Jepun pun menyerang Amerika Syarikat untuk menunjukkan kepada seluruh dunia mereka tidak takut kepada Amerika Syarikat.

  8. Zhuo Ren Said:

    Pengeboman Pearl Harbour telah memberi semangat dan dorongan kepada Japun untuk menakluki Asia. Namun begitu, pada pendapat saya, pengeboman tersabut merupakan rancangan Jepun untuk menakluki Tanah Melayu dengan lebih mudah. Pearl Harbour merupakan pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik. Jepun mengebom Pearl Harbour sebelum memulakan serangan ke atas Tanah Melayu supaya British di Tanah Melayu tidak akan mendapat pertolongan dari luar dengan cepat. Ini merupakan salah satu faktor Jepun berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu.

  9. juanita Said:

    Pada pendapat saya, pengeboman tersebut sememangnya mendorong Jepun untuk menakluk Asia Tenggara kerana ia merupakan sebahagian rancangan Jepun untuk menakluk Asai Tenggara. Dengan pengeboman ini, tentera british tidak akan menyangka kemaraan Jepun di Tanah Melayu dan mendorong kepada ketidaksediaan mereka menghadapi serangan Jepun. Ini memudahkan Jepun untuk menakluk Asia Tenggara. Bukan sahaja itu, Pearl Harbour juga merupakan pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik. Ini memberi peluang kepada Jepun untuk menakluk Asia Tenggara dengan lebih mudah. Jepun juga sebenarnya ingin menakluk Asia Tenggara untuk melepaskan negara mereka daripada sekatan Amerika Syarikat pada 1940. Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan Jared kerana menurut sejarah, akibat pengeboman inilah Amerika Syarikat mula mengubah pendapat meraka dan mula melibatkan diri ke dalam Perang Dunia Kedua dan akhirnya menjadi kuasa besar dunia hingga sekarang.
    Terima kasih.

  10. Neekita Patel Said:

    Apabila Jepun mengebom Peral Harbour, tentera British tidak bersedia untuk mengahdapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah.Mengikuti pelan, Jepun , mereka mengebom Pearl Habour supaya tentera British akan menumpukan perhatiaanya di Peral Habour dan bukan Asia Tenggara yang memberi mereka peluang untuk menguasai Asia Tenggara.Penegemboman Pearl Habour memang telah mendorong Jeoun untuk menakluki Asia Tenggara.

  11. LIM JENG LIANG Said:

    JEPUN MEGEBOM PEARL HABOUR, IALAH KEJAYAAN JEPUN DAN KEJAYAAN ASIAN. SLOGAN ASIA IALAH UNTUK ASIAN BUKAN UNTUK A/SYARIKAT ATAU LAIN …… BYE BYE

  12. Carlson Yap Said:

    Keadaan yang dibuat oleh Jepun, untuk menunjukkan kekuatan mereka kepada seluruh dunia terutamanya kepada Asia, mereka juga memberikan propaganda iaitu slogan, SLOGaN adalah yang berikut ‘ASIA UNTUK ORANG ASIA’, ‘SEMANGAT ASIA’ DAN ‘KAWASAN KESEMAKMURAN BERSAMA ASIA TIMUR RAYA’. Dan betul, Kebanyakan kerajaan termasuk, Tanah Melayu, Indonesia, India dan China, suka pada Kerajaan Jepun. Slogan yang tadi saya cakap, adalah message kepada Orang asia memberitahu untuk menghalau orang kerajaan Barat terutamanya kerajaan British yang paling kuat pada masa itu.

  13. Dina Eliza Said:

    Pada pendapat saya, kejayaan Jepun tersebut merupakan faktor pendorong untuk menakhluki Asia Tenggara. Ini kerana perbuatan tersebut menunjukkan kepada dunia bahawa Jepun merupakan sebuah kuasa yang kuat. Tambahan pula, pihak British telah menumpukan perhatiannya kepada Pearl Harbour (selepas dibom) dan memberikan peluang kepada Jepun untuk meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara.

  14. Yew Jia Way Said:

    Apabila Pearl Harbour dibom oleh Jepun, mereka melumpuhkan kuasa yang paling kuat di Lautan Pasifik: armada Amerika Syarikat. Dengan serangan ini, mereka mengelirukan British, dan British turut melibatkan diri dalam mempertahankan Eropah sahaja. Orang British memikirkan bahawa Jepun akan terus menyerang Amerika Syarikat, dan bukan Asia Tenggara. Apabila Jepun menyerang, British tidak bersedia untuk serangan tersebut. Serangan Jepun di Pearl Harbour juga menghentikan Amerika dari campur tangan di Tanah Melayu. Saya juga bersetuju dengan Jared dan Juanita: pengeboman oleh Jepun di Pearl Harbour mengubah pendapat Amerika Syarikat dan mereka mula melibatkan diri di dalam Perang Dunia Kedua. Pengeboman Pearl Harbour oleh pihak Jepun merupakan kesilapan mereka yang terbesar dalam sejarah perang tersebut.

  15. Jane Said:

    Peristiwa pengeboman Pearl Harbour,Hawaii pada 7 Disember 1941 telah mendorong kejayaan Jepun menakluk Tanah Melayu.Jepun bijak bertindak begitu kerana peristiwa tersebut telah menyebabkan kuasa British lebih menumpukan perhatian terhadap kejadian yang telah berlaku di Amerika .Ini memberikan Jepun peluang untuk menyerang Tanah Melayu tanpa British masuk campur.Selain itu, peristiwa pengeboman tersebut sudah membuktikan Jepun merupakan kuasa besar dan penduduk Tanah Melayu tidak setanding dengan kekuasaan Jepun.

    i’m not sure if this is logic,just my pandangan.

  16. Jennifer Said:

    Ya, kerana Pearl Harbour merupakan angkatan tentera laut terkuat Amerika Syarikat. Dengan melakukan satu serangan yang berjaya, Jepun menyebabkan perhatian orang British ditumpukan di Pearl Harbour. Akibatnya, kekuatan tentera British di kawasan lain dihantar untuk membantu menghentikan serangan Jepun serta mempertahankan Eropah. Kekeliruan ini melemahkan tentera di Asia Tenggara dan mendorong penaklukan Jepun. Walaupun, pandangan Jared, Juanita dan Jia Way adalah betul. Serangan Pearl Harbour dijadikan iktibar kepada Amerika Syarikat dan ini menyebabkan serangan kedua Jepun di Midway gagal. Tentera Jepun dilemahkan secara banyak dalam kegagalan ini.

  17. Chooiern Said:

    Pada pendapat saya, Jepun hanyalah melancarkan serangan terhadap Pearl Harbour (pangkalan utama tentera Amerika Syarikat) bagi melepaskan diri daripada sekatan ekonomi Amerika Syarikat pada tahun1940. Saya tidak setuju bahawa pengeboman terhadap Pearl Harbour dapat mendorong pihak Jepun menguasai Asia Tenggara begitu sahaja. Saya berpendapat bahawa tujuan Jepun mengebom Pearl Harbour hanyalah untuk mengelakkan sekatan ekonomi itu untuk berterusan agar tidak menyusahkan mereka dalam segala hal-hal yang dirancang oleh mereka. Selain itu, dari permulaan, apabila Jepun mendarat di Tanah Melayu, Jepun sudahlah bersedia untuk menakluki Asia kerana telah pun merancang setiap tujuan dan cara-cara menakluki Asia seperti kegiatan perisikan, slogan-slogan, dan pelbagai lagi. Ini menunjukkan Jepun sudahlah mendapat dorongan daripada faktor-faktor yang dihadapi oleh mereka untuk menakluki Asia bagi memajukan negara Jepun dan meluaskan pengaruh dan kuasa Jepun

    Terima Kasih.

  18. izzham! =) Said:

    hi teacher! =)

    jepun telah mengebom pearl harbour, peristiwa itu telah menaikkan semangat orang-orang asia untuk membangun dan terus maju..

    betul kan? =)

  19. Yeong Shin Said:

    Pada pendapat saya terhadap peristiwa ini, saya bersetuju bahawa kejayaan ini merupakan faktor pendorongan untuk menakluk Asia. Ini kerana, Jepun telah menghasilkan strategi yang sangat berguna. British terlalu pentingkan pangkalan utama mereka iaitu Pearl Harbour di Asia Pasifik dan juga pusat pentadbiran mereka di Singapura dan ini membolehkan Jepun menakluki Tanah Melayu dengan mudah. British tidak mementingkan keamanan Tanah Melayu dan ini menyebabkan mereka kalah dalam banyak pertempuran. Bukan sahaja kejayaan ini dapat Jepun mengelakkan mereka dari sekatan ekonomi Amerika Syarikat pada tahun1941, tetapi juga menaikkan semangat di kalangan orang Asia bahawa mereka mempunyai kekuatan dan jati diri yang tersendiri untuk menghadapi sesuatu cabaran. Selepas pengeboman Pearl Harbour, kebangkitan Jepun sebagai kuasa yang kuat sememangnya besar.

    -end- terima kasih =)

  20. shaun Said:

    xD harlow teacher…

    Pengebom Pearl Harbor merupakan kejayaan Jepun untuk menutuskan pangkalan tentera di Tanah Melayu supaya negara lain akan terliru dan akan focus dalam pengebom itu. Pearl Harbor adalah sebuah “main base” tentera Amerika Syarikat .Jepun yang bijak & tercadang lebih dahulu telah memusnahkan “Main base” Amerika supaya jepun akan ada peluang untuk “curi-curi” masuk ke dalam malaysia dan “conquer” malaysia.

  21. shaun Said:

    teacher .. if wrong dun scold me.. i scared… >.

  22. Ho Chng Ee Said:

    hi mrs ganesh!!!!!
    see i commented on your blog so i won’t get in troble right?
    i’ll be sure to finish the homework

  23. Erika Said:

    Hi Mrs Ganesh ! This is what I think:

    Jepun mengebom Pearl Harbour untuk menarik perhatian British terhadap Pearl Harbour. Ini membolehkan Jepun memasuk Tanah Melayu apabila tentera British tidak bersedia, dan berjayakan penaklukan Asia.

    Please don’t marah me if I’m wrong, or if it’s too short, or something.. Okay teacher? Because everyone else’s comments seem to be LONG! I’m not so good at this =P. I’m only saying whats in my head, and what you taught me, haha =D.. okay bye !

  24. Rachael Lee Said:

    Jepun mengebom Pearl Harbour pada 7 Disember 1941 untuk menunjukkan kekuatan mereka dan secara tidak langsung ini telah menyemarakkan semangat orang Asia untuk menentang negara Barat. Jepun telah mengebom Pearl Harbour kerana semua orang berfikir bahawa mereka hendak menyerang Amerika Syarikat. Ini digunakan untuk mengalih perhatian British dan British tidak menyangka Jepun akan menyerang Tanah Melayu.

  25. Abdul Hannan(Hensem) Said:

    Mrs. Garnesh !!!! I think ah:

    Jepun mengebom Pearl Harbor untuk America Syarikat dan juga negeri-negeri yang lain focus to that area so that Jepun could enter Tanah Melayu. Boming the Pearl Harbor will cause the British change their attention to Pearl Harbor so that Jepun can enter Tanah Melayu take down British while they are not ready. So i think that bomin Pearl Harbor is a good tactic for the Jepun.

    Correct ah? hhehehe I read for once. hehehe jgn marah nanti keluar darah!

  26. henry ngo Said:

    Jepun mengobom Pearl Harbour pada 7 Disember 1941 untuk menarik perhatian tentera british ke Amerika Syarikat daripada menjaga tanah melayu ,Pearl harbour yang merupakan pangkalan tentera yang kuat dan penting di situ manakala tentera British pula sedang mengadakan peperangan di negara sendiri,banyak askar British telah balik untuk tolong negara sendiri.pada masa kedatangan tentera Jepun ,penduduk tempatan tidak memberi tentangan kepada tentera Jepunkerana telah terpengaruh dengan Slogan-slogan propaganda Jepun….Ini telah menyenangkan tentera Jepun Tiba di asia tenggar dengan secara mudahnya…..

  27. keishia Said:

    Pada pandangan saya, kejayaan Jepun dalam pengeboman Pearl Harbour pada 7 Disember 1941 memang mendorongkan mereka menakluki Asia. Mereka telah bijak menstrategikan serangan serta membuat perangcangan awal supaya tentera Amerika Syarikat tidak bersedia menghadapi pengeboman tersebut. Demikian tersebut, tentera British di Asia Tenggara tidak menyangka bahawa Jepun akan menyerang mereka pada bila-bila masa. Progres penaklukan Jepun di Asia Tenggara juga semakin cepat kerana Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap mereka. Slogan-slogan yang Jepun menggunakan seperti “Asia Untuk Orang Asia” dan “Semangat Asia” turut mendorong penaklukan mereka.

  28. aaron Said:

    Pada pendapat saya, JIka Jepun tidak mengebom Pearl Harbour, mereka masih boleh menakluk Asia tenggara. Ini ialah kerana, Jepun telah ada perancangan yang baik dan sebagainya. Oleh itu, jika Jepun tidak mengebom Pearl Habour , mereka masih boleh menakuluk Asia Tenggara. Mereka mengebom Pearl Harbour untuk membalas dendam kepada Amerika Syarikat. British tetap akan kalah kepada jepun kerana mereka tidak cukup tentera dan kuasa jepun lebih kuat. Sebenarnya, pengemboman pearl harbour tidak ada kena-mengena dengan penaklukan asia tenggara .

  29. Sarah Alya Said:

    Pada pendapat saya, pengeboman Pearl Harbour memang menjadi pendorong Jepun untuk menakluki Asia Tenggara. Dengan kejayaan itu,ini telah menyemerakkan lagi semangat tentera Jepun. Selain itu, antara yang menjadi pendorong Jepun menakluki Asia Tenggara adalah, kemenangan mereka ketika Perang Rusia-Jepun. Kemenangan itu telah membuktikan bahawa Jepun merupakan kuasa yang besar dan kuat, dan mereka percaya mereka mampu menawan British di Tanah Melayu dan negara-negara Asia lain.

  30. madeline Said:

    Pada pendapat saya, kejayaan Jepun mengebom Pearl Harbour, pangkalan utama British pada 7 Disember 1941 telah mendorong Jepun menakluki Asia Tenggara. Pengemboman ini telah mengalihkan perhatian British daripada serangan di Asia Tenggara dan hanya melindungi negara sendiri kerana tidak menyangka bahawa Jepun mempunyai kelengkapan tentera yang begitu kuat. Dengan itu, Jepun boleh menakluki Asia Tenggara seperti yang dirancangkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor lain yang juga penting dalam penaklukan Asia Tenggara seperti slogan-slogan dan propaganda, semangat tentera, dan pakatan dengan Thailand.

  31. Marlon Brando Said:

    Pada pendapat saya, kejayaan Jepun menakluki Tanah Melayu bermula dengan pemgeboman Pearl Harbour. Tentera Jepun telah melancarkan serangan atas Pearl Harbour hanya sehari sebbelum mereka mendarat di Tanah Melayu. Oleh itu, pihak British di TM tidak bersedia dan terkejut apabila Jepun serang kerana masih ingat semua tentera berada di Amerika. Oleh sebab itu mereka kalah. Pengeboman PH olah Japs telah menakutkan seluruh dunia. Jadilah apabila bantuan diminta untuk menyerang Jepun, mrk tidak mahu krn takut akan diserang. Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa pengeboman PH adalah permulaan kejayaan Japs menakluki TM.

  32. John Lim Said:

    Pada pendapat saya, kejayaan Jepun dalam pengeboman Pearl Harbour pada 7 Disember 1941 telah mendorongkan mereka menakluki Asia. Selain itu, peristiwa pengeboman tersebut telah membuktikan Jepun merupakan kuasa besar dan penduduk Tanah Melayu tidak setanding dengan kekuasaan Jepun.Tambahan pula, pihak British telah menumpukan perhatiannya kepada Pearl Harbour (selepas dibom) dan memberikan peluang kepada Jepun untuk meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara.

  33. John Lim Said:

    Pada pendapat saya, kejayaan Jepun dalam pengeboman Pearl Harbour pada 7 Disember 1941 telah mendorongkan mereka menakluki Asia. Selain itu, peristiwa pengeboman tersebut juga telah membuktikan Jepun merupakan kuasa besar dan penduduk Tanah Melayu tidak setanding dengan kekuasaan Jepun.Tambahan pula, pihak British telah menumpukan perhatiannya kepada Pearl Harbour selepas dibom dan memberikan peluang kepada Jepun untuk meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara.

  34. Wong Leong Khim Said:

    Memang pengeboman Pearl Harbour dikaitkan dengan faktor penaklukaan Asia. Pengeboman Pearl Harbour dilakukan antaranya untuk mengelirukan British, supaya mereka tidak akan anggap Tanah Melayu akan diserang pada keesokan hari.

  35. dayang amirah hanna Said:

    Pada pendapat saya,pengeboman pearl harbour memang mendorong jepun untuk menakluki asia negara kerana jepun ingin membalas dendam atas sekatan ekonomi yang dibuat oleh british untuk tidak membekalkan makanan kepada jepun. jepun juga telah menyerang pearl harbour kerana ingin british menumpukan perhatian kepada peperangan itu dan tidak sgt mempedulikan perang di tanah melayu.

  36. Sien Yi Said:

    Pada pendapat saya, kejayaan Jepun menguasai Asia memang berkaitan dengan pengeboman Pearl Harbour. Ini adalah kerana pihak Amerika yang berada di Pasifik menghalang kemaraan pihak Jepun. Oleh itu, dengan serangan Pearl Harbour, mereka berjaya melumpuhkan tentera Amerika di Asia Tenggara (http://ms.wikipedia.org/wiki/Serangan_Pearl_Harbor#Strategi) kerana tentera mereka akan berundur untuk mempertahankan negara mereka. Bukan sahaja itu, malah orang British yang berpakat dengan Amerika dalam Perang Dunia II (Pihak Sekutu) juga dilemahkan secara tidak langsung akibat serangan atas ‘rakan seangkatan’ mereka.

  37. Liyana Said:

    Pada pendapat saya, Jepun telah mengebom Pearl Harbour pada 7 Disember 1941, kejayaan ini mendorong pihak Jepun Mengalahkan British di Asia kerana memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii telah mengaburi mata pihak British dengan menganggap bahawa majoriti tentera Jepun berada di Lautan Pasifik menyerang Pearl Harbour. Ini menyebabkan pihak british mengfokuskan kuasa mereka di Eropah mempertahankan negara daripada kuasa Jerman. Ini menyebabkan pertahanan British di kawasan jajahan mereka lemah menyebabkan Jepun dengan mudahnya menawan Asia dalam beberapa bulan sahaja.

  38. Sarah Choo PIk Yee Said:

    Pada pendapat saya, Jepun mengebom Pearl Harbour kerana Pearl Harbour merupakan pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik. Jepun mengebom Pearl Harbour sebelum memulakan serangan ke atas Tanah Melayu supaya British akan menoleh perhatian ke pengeboman Pearl Harbour dan Jepun mengambil kesempatan tersebut untuk menakluki Tanah Melayu.

  39. Julian Said:

    hi teacherr!!!!!
    see i comment
    i rajin ..

    Jepun mengebom Pearl Harbor untuk menarik perhatian semua orang kepada perkara tersebut and then the very next day when no one was alert mereka masuk ke tanah melayu untuk menakluki tanah melayu and they also wanted to make penduduk tanah melayu lebih semangat untuk melawan balik orang brtish yang berada di tanah melayu..something like that lah….

  40. Sheun Fang Said:

    Pada pendapat saya, pengeboman Pearl Habour di Hawaii pada 7 Disember 1941 telah lebih mendorong Jepun untuk menakluk Asia. Dengan pengeboman tersebut, Jepun telah menarik perhatian pihak British ke peristiwa di Pearl Habour dan pada masa itu, British kurang memberi perhatian kepada Tanah Melayu. Jepun mengambil kesempatan ini untuk menyerang Tanah Melayu dan akhirnya berjaya menaklukinya kerana British yang tidak menyangka bahawa Jepun akan menyerang pada masa itu. Selain itu, Jepun juga telah berjaya memusnahkan pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik dan menunjukkan dunia bahawa Jepun merupakan satu kuasa yang besar.

  41. Jack J Said:

    Ini mendorong kejayaan Jepun kerana menyebabkan Amerika dan British tidak mengambil perhatian terhadap Asia dan lebih menjaga negara mereka. Pihak Jepun juga dapat membuat British fikir bahawa Jepun hendak menyerang negara Barat, bukan Tanah Melayu.

  42. David Tan Said:

    Peristiwa Jepun mengebom Pearl Harbour merupakan faktor pendorong untuk menakluk Asia kerana Jepun telah mengelirukan British dengan menyebabkan mereka menumpukan lebih perhatian di sana. Dengan itu, Jepun telah menyerang British di Tanah Melayu secara tiba-tiba tanpa disangka British.

  43. samanta oon Said:

    Pada pendapat saya, pengeboman Pearl Harbour oleh Jepun pada 7 Disember 1941 ialah pendorong untuk mereka menakluki Asia Tenggara. Apabila mereka menyerang Pearl Harbour, British lebih menumpukan peperangan di Eropah dan tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun. Ini menjadi sesuatu faktor kejayaan Jepun untuk mengalahkan pihak British di Tanah Melayu. Selain itu, pengeboman tersebut juga menyemarakkan semangat tentera Jepun untuk menakluki Asia Tenggara dan berjuang untuk kemegahan negara sendiri.

  44. David P Said:

    Pada pendapat saya, pengeboman Pearl Harbour merupakan tindakan yang bijak tetapi yang silap sekali. Ia merupakan tindakan yang bijak kerana mereka berjaya mengebom dan melumpuh armada yang paling kuasa di dunia pada masa itu, iaitu Amerika. Ini memberi Jepun kelebihan serta peluang untuk menakluki Asia Tenggara. Ini kerana Amerika Syarikat telah berundur balik ke Amerika untuk mempertahankan negara mereka. Dalam kes British pula, mereka takut England akan diserang lalu balik dan meniggalkan Asia Tenggara tanpa dipertahankan. Ini beri kesenangan kepada Jepun untuk menakluki Asia Tenggara. Walaubagaimanapun, tindakan ini merupakan kesilapan Jepun yang paling besar semasa perang ini kerana mereka melibatkan Amerika Syarikat dalam Pernag Dunia Kedua. Ini menyebabkan Amerika Syarikat lebih bersedia semasa serangan di Midway. Akhirnya Jepun gagal dalam serangannya dan berundur apabila Nagasaki dan Hiroshima dibom oleh Amerika.

  45. Aqilah Said:

    Pada pendapat saya, pengeboman di Pearl Harbour adalah untuk membalas dendam kpd Amerika Syarikat kerana Amerika Syarikat telah mengadakan sekatan ekonomi terhadap Jepun. Bukan itu sahaja, pengeboman di Pearl harbour adalah untuk membuat kuasa Barat lain menumpukan perhatian terhadap Pearl Harbour untuk menyenangkan lagi kemasukan mereka ke Tanah Melayu. Ini kerana, ketika mereka sampai ke Tanah Melayu, British tidak menyangka dan tidak bersedia untuk menghadap mereka. Selain itu, Perang Rusia-Jepun juga menjadi pendorong mereka menakluk Asia Tenggara. Ini kerana kemenangan mereka di perang itu telah membuktikan bahawa kuasa Asia boleh menewaskan kuasa Barat dan kuasa barat bukanlah sekuat yang dikatakan.

  46. teh su yuin Said:

    pada pendapat saya,kejayaan pengeboman Jepun terhadap Pearl Harbour merupakan faktor pendorong untuk menakluk Asia. Pada masa itu, Amerika Syarikat merupakan tentera yang amat kuat dan Pearl Harbour merupakan pangkalan tentera utama kepada A.S. Pengeboman ke atas Pearl Harbour telah mengalihkan perhatian pihak British dari Asia dan meningkatkan semangat berjuang di kalangan tentera Jepun. Keadaan ini telah mendorong pihak Jepun untuk memarakan pernaklukannya terhadap Asia. Kejayaan pengeboman Pearl Harbour telah meninggalkan implikasi yang amat bagi pihak Jepun mahupun pihak A.S dan British. Namun dari segi sudut pandangan yang lain, kejayaan pengeboman ke Pearl Harbour merupakan tindakan yang kurang bijak kerana pengeboman itu telah melanjutkan masa peperangan antara dua negara itu. Dalam peperangan itu, rakyat jelata kedua-dua negara dan negara yang ditakluki yang menderita. Akhirnya, rakyat jelata negara Jepun yang paling menderita selepas perlepasan dua bom atom di Hiroshima dan Nagasaki oleh pihak Amerika Syarikat.

  47. Peh Leon Said:

    Memang betul bahawa kejayaan tersebut merupakan faktor pendorong untuk menakluk Asia. Kejayaan tersebut akan menyemarakkan semangat tentera Jepun untuk berjuang demi negara dirinya. Tentera Jepun akan lebih berani untuk menentang kuasa lain kerana kuasa yang besar juga boleh ditewaskannya apatah lagi kuasa lain yang tidak sekuat Amerika Syarikat. Betul kata Jared dan Juanita bahawa pihak Jepun telah secara tidak langsung memberi iktibar kepada Amerika Syarikat. Hal itu menyebabkan Amerika Syarikat lebih berhati-hati dalam peperangan lain.

  48. Amanda Said:

    Pengeboman Pearl Harbour pada 7 Disember 1941 ialah suatu pendorong kepada penaklukan Jepun atas Asia Tenggara. Kejayaan Jepun mengalahi suatu kuasa besar seperti Amerika Syarikat lebih memberi dorongan kepada Jepun untuk meneruskan kejuangan mereka. Oleh sebab British lebih bimbang dengan Singapura dan peperangan di Eropah, mereka tidak tersangka bahawa Tanah Melayu akan diserang oleh Jepun. Mereka tidak bersedia menghadapi serangan Jepun dan oleh itu, British telah dikalahi Jepun. Pengeboman Pearl Harbour juga menyemarakkan semangat askar Jepun untuk berjuang demi negara mereka.

  49. Mui SIn Said:

    Ada. Jepun mengebom Pearl Harbour kerana Harbour adalah pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik. Jepun juga boleh memutuskan bekalan tentera British dari Pearl Harbour ke Tanah Melayu. Ini adalah rancangan Jepun menyerang Tanah Melayu.

  50. Sie Hwei Said:

    Pada pendapat saya, ya, kejayaan Jepun menakluk Tanah Melayu bermula dengan pengeboman Pearl Harbour pada 7 Disember 1941. Ini adalah kerana, Pearl Harbour merupakan pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik. British yang bertapak di Tanah Melayu tidak menyangka bahawa Jepun yang sedang bertanding dengannya untuk mendapati Tanah Melayu akan tiba-tiba menyerang dan mengebom Pearl Harbour. Apabila diketahui oleh British, mereka berasa terkejut dan hilang arah tentuan. Mereka tidak mempunyai persediaan awal. Oleh sebab itu, mereka hilang semangat untuk mempertahankan Tanah Melayu dan akhirnya jatuh pada tangan Jepun. Sekian, terima kasih.

  51. Amy Lee Said:

    Ya. Kejayaan Jepun menakluk Tanah Melayu bermula dengan pengeboman Pearl Harbour yang menjadi pangkalan utama tentera British kerana Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tenagah malam 8 Disember 1941 dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India-British dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum belakunya serangan ke atas pelabuhan Pearl. Petempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka menawan lapangan terbang Kota Bahru dan pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong, dan Pelabuhan Pearl melalui udara.

  52. nagusha Said:

    Pada pendapt saya, pengeboman Pearl Harbour ini menjadi satu dorongan untuk orang jepun kerana mereka telah mengalahkan sesuatu negara yang besar dan amat berkuasa iaitu Amerika Syarikat. Oleh sebab itu, pasti mereka ada semangat untuk menguasai negara- negara lain

  53. Catherine Woo Said:

    sorry teacher… posted comment on the wrong post…

    Pada pendapat saya, Jepun telah berjaya untuk menjadikan kesan di Pearl Harbour sebagai suatu faktor pendorong dalam langkah menakluk Asia. Ini telah menjadikan sebagai sesuatu tindakan untuk menarik perhatian kuasa-kuasa lain ke situasi di situ dan menyuruh banyak tentera di tanah jajahan Barat di Asia pulang ke negara asal mereka untuk mempertahankan tanah air mereka. Meninggalkan negara seperti Tanah Melayu kurang tentera untuk lawan tentera Jepun semasa serangan mereka.

  54. Nazmin Nazeer Said:

    Ya, kejayaan ini merupakan faktor pendorong untuk menakluk Asia. Hal ini kerana Jepun telah membuat British menumpukan perhatian di Pearl Harbour dan kurang menumpukan perhatian di tanah jajahannya. Dengan ini, Jepun telah menguasai Asia tenggara dalam secepat mungkin.

  55. Mark Peter Said:

    Sorry Teacher for the late comment

    Ya, Kejayaan ini merupakan satu faktor pendorong untuk menakluki Asia kerana apabila jepun mengebom Peral Habour, perhatian Brtish telah bertumpu kepada Pearl Habour lalu membuka pintu untuk Jepun menyerang tanah jajahan British yang lain, walaubagainanapun, British masih bertumpu perhatian mereka di Singapura juga.

  56. Samira Said:

    Pada pendapat saya, pengeboman Pearl Harbour di Hawaii memang mendorong Jepun menakluk Asia Tenggara. Apabila mereka mengebom Pearl Harbour pihak British dan Amerika tidak menyangka bahawa Jepun akan terus menakluk Tanah Melayu oleh sebab kedahsyatan bom itu. Jepun mengambil kesempatan ke atas British dan mula menakluk Tanah Melayu.

    Mrs Ganesh, sorry for the late reply, my computer fuse somehow burnt and i couldnt turn it on.

  57. izzham =D Said:

    teacher!
    why evrybodys comment y long long 1?
    not like mine? sooo short
    =P

  58. Wan Ariff Danial Said:

    Jepun telah mengebom Pearl Harbour pada 7 Disember 1941 kerana untuk melekakan pihak British di Tanah Melayu.Dengan pengeboman tesebut, pihak British akan balik ke kampung mereka untuk mempertahankan negara mereka.Sebaliknya, Jepun telah menyerang Tanah Melayu.Pengeboman tersebut adalah untuk menakluki Asia

  59. Sock Kee Said:

    Pada pandangan saya, Jepun mengebom Pearl Harbour pada 7 Disember 1941 ialah faktor pendorong untuk menakluk Asia kerana Pearl Harbour yang terletak di Hawaii merupakan pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Pasifik, mereka mengharapkan Amerika akan menyertai peperangan ini supaya mereka akan menumpukan peperngan di Hawaii dan bukan Tanah Melayu. Perancangan ini akan memudahkan tentera Jepun menyerang dan menaluki Tanah Melayu dengan lebih cepat.

  60. mohamed shahzan Said:

    Sorry for the late comment , Mrs Ganesh.

    Pada pandangan saya, Dengan Jepun mengebomkan pearl harbour, semangat mereka untuk menakluki asia bertambah. Oleh kerana mereka telah dapat mengancam sesuatu negara yang besar dan kuat mereka rasa negara- negara asia yang lebih kecil dan lemah dapat ditakluki. Selain itu, dengan mengebom pearl harbour pada 7 Disember 1941 dan masuk ke Malaysia pada 8 Disember pada tahun yang sama adalah taktik yang bagus, bijak dan sangat berkesan.

  61. Harris Said:

    Demi menakluki tanah melayu, Jepun mengebom pangkalan utama Amerika syarikat yang terletak di Hawaii. Dengan cara ini, senanglah jepun menakluki sebab British lebih menumpukan perhatian di situ. British tidak sangka akan kedatangan jepun yang begitu maju.
    sori teacher, for my late comment.

  62. Zahrin Nazri Said:

    Pada pendapat saya, pengeboman Pearl Harbour merupakan satu cara untuk mengelakkan pihak British menjaga Tanah Melayu. Pengeboman Pearl Harbour telah menyebabkan pihak British balik ke negara asal mereka iaitu England dan ini memberi peluang kepada pihak Jepun untuk menyerang Asia Tenggara .

    Sorry for the late comment, Mrs Ganesh

  63. zhao Said:

    Pada pendapat saya, Jepun telah mengebom Pearl Harbour pada 7 Disember 1941, kejayaan ini mendorong pihak Jepun Mengalahkan British di Asia kerana memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii telah mengaburi mata pihak British dengan menganggap bahawa majoriti tentera Jepun berada di Lautan Pasifik menyerang Pearl Harbour. Ini menyebabkan pihak british menumpukan perhatian mereka di Eropah mempertahankan negara daripada kuasa Jerman. Ini menyebabkan pertahanan British di kawasan jajahan mereka lemah menyebabkan Jepun dengan mudahnya menjajah Asia dengan masa yang singkat.

    sorry for the late comment =)

  64. Natalie Wong Said:

    Jepun telah mengebom Pearl Harbour pada 7 Disember 1941. Kejayaan ini merupakan faktor pendorong untuk menakluk Asia kerana apabila Jepun mengebom Pearl Harbour yg merupakan pangkalan utama tentera Amerika Syarikat, ini menyebabkan kuasa-kuasa lain menganggap Jepun sebagai kuasa besar. Tanah Melayu tidak menyangka bahawa Jepun akan menyerang Tanah Melayu secara tiba-tiba selepas pengeboman Pearl Harbour.

    I’m so sorry teacher for my late comment!!!

  65. Thong Jan Yi Said:

    Pada pendapat saya, pengeboman Pearl Harbour memang mendorong Jepun menakluk Asia Tenggara. Ini adalah kerana pengeboman ini telah menyedarkan kuasa-kuasa lain bahawa Jepun merupakan kuasa besar. Selain itu, Pearl Harbour merupakan pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik. Oleh itu, pengeboman Pearl Harbour telah memudahkan usaha Jepun untuk menakluk Asia Tenggara.

    sorry for he late comment, teacher.

  66. Armand Said:

    Pada pendapat saya, jepun mengebom pearl harbor sebagai balas dendam kepada Amerika Syarikat yang mengenakan sekatan ekonomi atas jepun

  67. siti zafirah Said:

    jepun menyerang Pearl Harbour adalah untuk melemahkan pertahanan british di tanah melayu.Slogan ‘Asia untuk orang Asia’ hanyalah propaganda jepun untuk memenangi hati penduduk tanah melayu.pangeboman pearl harbour yang merupakan pengkalan utama tentera as yang kuat juga telah menyebabkan jepun memperolehi kayakinan untuk menyerang asia tenggara yang lebih lemah.

  68. aqim93 Said:

    Pearl Habour merupakan sayap kanan British. Apabila Pearl Habour dibom pada 1941 dan British hilang semangat untuk berperang. Oleh itu, Jepun memulakan serangan di bahagian utara Tanah Melayu kerana British hanya bertumpu di bahagian selatan Tanah Melayu. Pasukan tentera British yang datang ke Tanah Melayu tidak mempunyai pengalaman di dalam peperangan. Selain itu, Jepun mula menyerang dari bahagian udara, pantai, dan darat. Jepun juga mempunyai semangat ‘Kamikaze’ semasa berperang. Jepun menggunakan kereta kebal yang bersesuaian dengan bentuk muka bumi Tanah Melayu, mereka juga menggunakan kapal terbang jenis ‘zero fighter’, dan menggunakan basikal agar mereka senang untuk menyusuri lorong-lorong kecil di perkampungan.


{ RSS feed for comments on this post} · { TrackBack URI }

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: